Youtuber temui kereta dan rangka dua remaja yang hilang 21 tahun lalu

4599

Seorang YouTuber penyelam skuba menemui mayat dua remaja yang hilang 21 tahun lalu di pedalaman Tennessee, Amerika Syarikat.

Jeremy Beau Sides daripada akaun Youtube Exploring with Nug menemui kereta jenis Pontiac Grand Am di dasar Sungai Calfkiller dipercayai mengandungi mayat Erin Foster dan Jeremy Bechtel.



Police di White County, Tennessee mengesahkan kereta yang ditemui itu sepadan dengan model yang dipandu oleh Erin Foster, 18 dan Jeremy Bechtel, 17 yang dilaporkan hilang  April 2000 lalu.
 
Jeremy Beau menjelaskan ketika dia melihat pangkalan data orang hilang dia terkejut apabila melihat kes cold (kes tidak dapat diselesaikan) remaja hilang bersama kereta.
 
Dia yang terkenal dengan perkongsian video menyelam mencari objek serta orang hilang tiba di bandar itu pada awal November.
 
“Apabila saya melihat bandar terakhir mereka dilihat, saya melihat ada sungai besar di kawasan itu yang seolah memberi petunjuk saya perlu pergi ke situ,” katanya.
 
Usaha pertamanya tidak berjaya tetapi video pencariannya sampai ke pihak berkuasa White County, Sheriff Steve pada akhir November oleh ahli keluarga Foster.
 
Difahamkan Sheriff Steve menyarankan Jeremy Beau melihat lokasi yang berbeza di sepanjang Sungai Caldkiller. Dari situlah Youtuber tersebut berjaya menemui kereta berkenaan bersama rangka manusia di dalamnya.
 
Setelah itu, dia menghubungi pihak polis dan mereka tiba di lokasi untuk siasatan lalu mendapati kenderaan yang ditemui sama dengan laporan kes 21 tahun lalu. 
 

Video mengenai penemuan berkenaan sudah mencapai 1.4 juta kali tontonan dan mendapat pelbagai reaksi termasuk daripada komuniti bandar itu yang menghargai usahanya serta terharu apabila rakan mereka dijumpai.

Rangka mangsa sudah dihantar ke makmal bagi menjalani ujian DNA, manakala kedua-dua keluarga sudah dimaklumkan atas penemuan berkenaan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here