Rider Food Panda langgar lampu merah, tak sedar belakang ada polis trafik, apa jadi seterusnya…

1775

Tindakan seorang rider Food Panda melanggar lampu isyarat merah di Jalan Sultan Azlan, dekat Bercham, Ipoh, Perak mengundang padah apabila dikejar polis trafik. 

Klip video berdurasi 36 saat yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka sebuah kereta itu menunjukkan penghantar makanan tersebut pada mulanya berhenti di satu simpang yang ketika itu lampu merah.



Kemudian tidak lama muncul seorang anggota polis trafik berhenti di belakang dan rider tersebut tidak menyedari akan kehadiran pihak berkuasa tersebut.

Tidak menunggu lama rider tersebut terus melanggar lampu merah sebaik tiada kenderaan melalui susur simpang dari arah berlawanan.

Sejurus melanggar lampu isyarat merah tersebut, penghantar makanan itu ‘dikejar’ oleh polis trafik terbabit yang kemudiannya mengarahkan rider itu berhenti di bahu jalan dipercayai bagi proses pengeluaran saman.

Difahamkan kejadian berlaku 9.45 pagi kelmarin dan tindakan saman diambil oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh berpangkat Koperal.

“Tindakan saman diambil oleh Koperal Mohd Amin Ismail ke atas penunggang motosikal terbabit yang melanggar isyarat lalu-lintas di Jalan Sultan Azlan Shah/ Bercham yang tular di laman sosial baru-baru ini,” katanya. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here