Diskaun bayaran saman trafik dilanjutkan hingga hujung bulan ini!

923

Tempoh bayaran saman trafik dengan diskaun hingga 80 peratus dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, keputusan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat.



“Tempoh lanjutan itu juga bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan tunggakan dengan pengurangan nilai saman.

“Selain itu, diskaun ini dapat membantu masyarakat yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 untuk menyelesaikan tunggakan saman trafik,” katanya.

Sebelum ini pengurangan kompaun saman trafik sehingga 80 peratus diberikan bersempena Program 100 Hari AKM berakhir semalam. 

Pembayaran tunggakan saman boleh dibuat di semua kaunter trafik seluruh negara selain aplikasi MyBayar Saman.

Selain itu, Acryl Sani turut meminta Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) melihat keperluan untuk menambah kaunter pembayaran jika jumlah pembayar sama meningkat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here