Jabatan Penjara: Isu basuh kereta anggota, banduan dapat upah

1777

Sebelum ini, tular sekeping foto di media sosial yang memaparkan seorang banduan mencuci kereta milik kakitangan penjara. 

Foto yang dikongsi anggota penjara itu mendapat pelbagai respons daripada netizen dan ada yang berpendapat perkara itu seolah memandang rendah kepada banduan tersebut. 



Bagi menjernih keadaan, pihak Jabatan Penjara Malaysia tampil memberikan penjelasan agar tiada pandangan serong daripada masyarakat luar.

Perkongsian di laman Facebook itu menjelaskan setiap penghuni menerima upah atau gaji hasil daripada pekerjaan yang mereka lakukan.

“Perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka kepada orang awam yang memerlukan perkhidmatan tersebut pada harga berpatutan dan perkhidmatan berkualiti.

“Penghuni penjara yang terlibat juga dilatih dan diberi kemahiran menerusi program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP),” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan. 

Tambahanya, dengan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan menandakan sokongan masyarakat dan komuniti setempat terhadap program pemulihan Jabatan Penjara Malaysia dalam menyediakan peluang pekerjaan dan kerjaya kepada penghuni apabila bebas. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here