[Video] Jutawan segera, satu kampung beli kereta baharu walau tak reti pandu

10444

Penduduk kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban, Indonesia bergelar jutawan segera selepas menerima wang pampasan tanah bagi pembangunan kilang petroleum milik Pertamina dan syarikat Rusia, Rosneft.

Tangkap layar ketika proses penghantaran kereta secara serentak.

Kira-kira 225 pemilik yang bersetuju menjual tanah mereka menerima pampasan sekitar Rp8 bilion (RM2.3 juta) atau Rp26 bilion (RM7.5 juta) setiap seorang yang bergantung kepada keluasan tanah.

Biasalah apabila mendapat durian runtuh selerapun mula besar. Penduduk sekitar membeli kira-kira 176 buah kereta baharu, malah ada antara mereka yang membeli dua hingga tiga buah kereta.

Jom Baca:   Alternatif Toyota Alphard, BYD lancar MPV elektrik Denza D9

Penghantaran kereta secara serentak ke kampung berkenaan tular di media sosial dan mendapat perhatian warga maya.

Antara model yang dibeli penduduk ialah Toyota Innova, Honda HRV, Honda Jazz, Mitsubishi Xpander dan Mitsubishi Pajero.

Sayangnya, kereta berkenaan tidak bertahan lama. Dianggarkan 15 buah kereta terlibat dalam kemalangan gara-gara pemilik tidak pernah memandu.

Diharapkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan bekas peneroka Felda LBJ, Negeri Sembilan yang menjadi jutawan segera dan hilang duit sekelip mata gara-gara terpedaya dengan penipuan. Bila duit sudah berkepuk-kepuk..selera mula besar. 

Jom Baca:   #TahukahAnda: Tangki minyak sebelah kiri atau kanan, ini sebabnya....
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here