Utama Berita Automotif Dua tahun lagi, Singapura bakal memiliki perkhidmatan teksi udara

Dua tahun lagi, Singapura bakal memiliki perkhidmatan teksi udara

798

Perintis teksi udara Jerman, Volocopter dan penyedia infrastruktur, Skyports bakal melancarkan perkhidmatan teksi udara komersial di Singapura dalam tempoh dua tahun lagi dengan operasi dijangka bermula di Marina Bay dan Sentosa.

Perkhidmatan mereka akan diperluaskan lagi termasuk merentasi sempadan dengan Malaysia dan Indonesia sebagai destinasi.

Ia berkemungkinan melakukan penerbangan terus dibuat dari terminal di Seletar dan Changi ke bandar seperti Melaka, Batam dan Bintan.



Changi ke Batam kurang 20 mint

Syarikat penerbangan Volocopter memaklumkan bahawa penerbangan teksi udara dari Lapangan Terbang Changi ke Batam hanya mengambil masa tidak sampai 20 minit.

Volocopter turut mengumumkan bahawa teknologi pengangkutan udara itu sudah mencapai tahap untuk dilaksanakan secara komersial.

Perancangan Volocopter bersama Skyports adalah perincian konkrit pertama yang muncul dari industri mobiliti udara bandar sejak percubaan pertama pada 2019 dengan teksi udara elektrik berjaya dilakukan selama tiga minit di sepanjang pesisir Marina Bay.

AirAsia tawar perkhidmatan e-hailing udara

Bagi Malaysia pula, AirAsia bakal menawarkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara untuk memberi pengalaman baharu kepada pengguna.

Syarikat penyedian pesawat antarabangsa yang berpangkalan di Ireland, Avolon bekerjasama dengan AirAsia Aviation Group Ltd (AirAsia) untuk mewujudkan platform ride-sharing di Asia Tenggara.
 

Avolon menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang tidak mengikat dengan AirAsia untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL (electric vertical take-off and landing) daripada Avolon.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here