
Dalam landskap automotif hari ini, teknologi hibrid bukan lagi sekadar alternatif, tetapi telah menjadi pilihan arus perdana bagi pengguna yang mahukan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan bahan api.
Pendekatan Honda terhadap sistem ini jelas berbeza, bukan sekadar menjimatkan, tetapi turut mengekalkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan setiap hari.
Menerusi kempen Own Your Hybrid Joy, Honda mengetengahkan falsafah hibrid yang praktikal dan relevan untuk kegunaan harian.
Ia menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan, dalam masa sama kekal boleh diharap dalam pelbagai situasi.
Secara asasnya, sistem hibrid Honda menggunakan motor elektrik sebagai pendorong utama dalam kebanyakan keadaan pemanduan.
Enjin petrol pula berfungsi menyokong dengan menjana tenaga untuk bateri, sebelum kuasa disalurkan ke roda melalui transmisi E-CVT secara lancar dan responsif.
Pada kelajuan lebih tinggi, enjin akan mengambil peranan secara lebih efisien bagi memastikan penggunaan bahan api kekal optimum.
Hasilnya ialah pengalaman pemanduan yang senyap, linear dan konsisten, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian tanpa kompromi dari segi prestasi.
Ganjaran Sehingga RM12 ribu* Untuk Model Terpilih
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelanggan kini berpeluang menikmati ganjaran sehingga RM12,000* bagi model hibrid terpilih, sekali gus menjadikan peralihan ke teknologi ini lebih berbaloi.
SUV
- CR-V: ganjaran sehingga RM9,000*
- HR-V: ganjaran sehingga RM11,000*
Sedan
- Civic: ganjaran sehingga RM12,000*
- City: ganjaran sehingga RM10,000*
Hatchback
-
City Hatchback: ganjaran sehingga RM10,000*
Hybrid Done Right Contest: 1 Tahun Pakej* Servis Percuma!
Honda tidak melupakan pemilik sedia ada dengan menganjurkan Hybrid Done Right Contest (Hybrid One Tank Challenge).
Program ini memberi peluang kepada pemilik untuk membuktikan kecekapan penggunaan bahan api dalam situasi pemanduan sebenar.
Sepanjang tempoh kempen, seramai 30 pemenang akan dipilih, dengan lima pemenang bagi setiap tempoh berdasarkan penggunaan bahan api terbaik.
Setiap pemenang akan menerima 1 Tahun Pakej Servis* Percuma, sah selama satu tahun atau sehingga 10,000 km*, yang mana dahulu.
Untuk menyertai, peserta hanya perlu berkongsi penggunaan bahan api bagi satu tangki penuh di media sosial menggunakan tanda pagar #HybridDoneRightContest.
Anda perlu memastikan hantaran tersebut kekal terbuka (public) sekurang-kurangnya selama sebulan, serta melengkapkan penyertaan melalui Google Form dengan bukti bergambar yang diperlukan.
Acara Honda Hybrid Experience Weekend!
Dalam masa sama, orang ramai juga berpeluang merasai sendiri kelebihan teknologi ini menerusi Honda Hybrid Experience Weekend yang akan berlangsung pada 16 Mei 2026 di semua pengedar sah Honda di seluruh negara.
Jaminan Sehingga 10 Tahun Untuk Ketenangan Fikiran
Buat pelanggan yang masih ragu-ragu tentang hibrid, kerisauan anda sudah dijawab Honda.
Selari dengan komitmen terhadap kualiti dan ketahanan, Honda memperkenalkan jaminan sehingga 10 tahun tanpa had perbatuan bagi bateri hibrid dan komponen##.
Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan pemilik, tetapi turut mengukuhkan reputasi Honda sebagai jenama yang boleh diharap dalam jangka masa panjang.
Kunjungi Bilik Pameran Honda Hari Ini
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian hibrid Honda yang menjimatkan serta merasai sendiri pengalaman pemanduan anda dijemput untuk mengunjungi bilik pameran Honda berhampiran.
Maklumat mengenai sistem hibrid dan kempen terbaru ini juga boleh didapati di laman sesawang Own Your Hybrid Joy dan Hybrid One Tank Challenge atau media sosial Facebook, Instagram, TikTok.
Ini masa yang sesuai dan berbaloi untuk memiliki model hibrid Honda yang menjimatkan!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
##Perlindungan waranti bateri hibrid dan komponen adalah tertakluk kepada terma dan syarat waranti Honda





