Lelaki ini selamba pandu Toyota Corolla atas salji tanpa tayar

1225

Musim sejuk merupakan musim yang dinantikan oleh semua orang khususnya di luar negara, namun ia tetap mempunyai pelbagai cabaran tersendiri salah satunya ialah kesukaran memandu di atas jalan raya yang bersalji.

Selain jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais, salji tebal turut menyebabkan banyak kenderaan tersadai di lebuh raya serta berlaku kemalangan.



Kebiasaannya orang ramai akan menggunakan dua pilihan untuk memandu di atas permukaan jalan raya yang bersalji iaitu pemilihan tayar jenis ‘studless’ atau penggunaan rantai pada tayar.

Jadi pemandu boleh memilih menggunakan rantai tayar sebagai opsyen lebih murah berbanding menukar keempat-empat tayar.

Namun tular sebuah rakaman video yang dimuat naik di saluran Youtube, ViralHog memamparkan seorang pemandu Toyota Corolla dengan santai memandu di atas jalan raya yang bersalji dengan tiga roda.

Menerusi video berdurasi 18 saat itu berjaya dirakam di sebuah persimpangan di bandar kecil Smoky Lake di Alberta, Kanada, dan dapat dilihat kereta tersebut yang bergerak melintasi kereta perakam tanpa sebuah rod belakang.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak diketahui sama ada kereta tersebut sememangnya mengalami masalah atau disengajakan oleh pemandu tersebut untuk memandu di atas jalan raya bersalji.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here