Cara mudah kesan kereta pernah tenggelam banjir, lihat pada satu komponen ini….

4678

Sebelum nak beli kereta terpakai, perlu titik beratkan pelbagai perkara kerana kereta ni salah satu pengangkutan yang akan digunapakai untuk jangka masa  lama.

Mungkin ada antara penjual yang cuba menyembunyikan sejarah kenderaan misalnya pernah kemalangan atau ditenggelami banjir. 



Jadi, bagaimana menghindari daripada terbeli kenderaan sedemikian. Menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun Tiktok @wkofficial69, mendedahkan satu rahsia besar sepanjang 28 tahun penglibatannya dalam perniagaan jual beli kereta terpakai.

Salah satu cara mengesan kereta yang pernah terkena banjir adalah melihat kesan kumpulan kotoran di tempat yang tidak sepatutnya seperti dihujung pangkal tali pinggang keselamatan yang kelihatan corak seperti ‘air liur basi’

Menurutnya, di bahagian tersebut antara tempat yang paling susah untuk dicuci, malah menurutnya lagi alat ganti untuk mendapatkan tali pinggang keselamatan amat susah.

Selain itu, cara lain untuk mengenalpasti kenderaan pernah ditengelami banjir seperti bau yang tidak menyenangkan, tanda karat atau besi mengelupas,  warna karpet yang tidak sekata dan banyak lagi.

@wkofficial69

PECAH RAHSIA !! KENALI KERETA BANJIR @chedinkanada1 #wkmajuauto #cdka #usedcar

♬ original sound – wk maju auto – wk maju auto

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here