Peugeot 2008 CKD – Tiga tahun servis penyelenggaraan percuma, harga mula RM126k

1830

Selepas 3008 dan 5008, kini tiba pula giliran kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 2008 untuk diperkenalkan untuk pasaran tempatan.

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd selaku pengedar tunggal baharu untuk jenama Peugeot di Malaysia menjual kenderaan itu dengan harga bermula RM126,753.



Jika dibandingkan dengan harga itu, ia boleh dikatakan SUV paling murah jenama Eropah yang ada dijual untuk pasaran Malaysia.

Untuk makluman, Peugeot 2008 adalah model pemasangan tempatan (CKD) di kilang Stellantis yang terletak di Gurun, Kedah dan ia juga sudah pun melepas ujian 200,000km pemanduan di negara ini.

Peugeot 2008 itu mempunyai gaya tersendiri bagi lembaran baharu dan luar biasa dalam sejarah SUV jenama berkenaan.

Reka bentuk luaran

Dari segi reka bentuknya, ia dilengkapi cermin depan berlekuk untuk menjadikan bonet lebih mendatar untuk mewujudkan karektor badan yang kuat.

Ia juga dilengkapi beberapa ciri luaran lain membabitkan:

  • Pencahayaan LED penuh dengan pencahayaan tandatangan tiga cakar ikonik Peugeot
  • Lampu nyalaan siang LED yang pudar di bawah lampu
  • Rim Black Onyx & Diamond Cut 17 inci
  • Rel bumbung
  • Kemasukan tanpa kunci dengan buka dan tutup auto kunci
  • Cermin sisi boleh lipat elektrik dengan pemanas

Ruang Dalaman

Di bahagian dalam, selain dilengkapi ciri PEUGEOT i-Cockpit® 3D yang pertama di dunia dalam segmennya, ia menawarkan beberapa ciri lain membabitkan:

  • Stereng kompak untuk pengendalian yang lebih baik
  • Paparan 3D ‘head up’ pada kluster instrumen
  • Infotaimen tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Tempat duduk balutan kulit
  • Parkir brek elektrik
  • Pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Sport)
  • Pencahayaan dalam kabin

Prestasi

Dari segi prestasinya, ia menggunakan enjin tiga silinder berkapasiti 1.2 liter pengecas turbo PureTech yang mana mampu menyalurkan 130hp dengan tork setinggi 230Nm. Ia turut dipadankan transmisi enam kelajuan automatik.

Ciri Keselamatan

Peugeot 2008 baharu juga didatangkan dengan ciri keselamatan untuk pemandu serta pengguna jalan raya yang lain.

Ini ciri keselamatan yang ada pada SUV itu membabitkan:

  • Visiopark 1 (Kamera pemandangan 180 darjah)
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Driver Attention Assist
  • Monitor Titik Buta
  • Brek Keselamatan Aktif

Ciri keselamatan lain turut dilengkapi membabitkan 6 beg udara SRS, Bantuan Pemula Naik Bukit dan Program Kestabilan Elektrok termasuk ABS, EBD dan EBA.

Bagi pilihan warna, ia ditawarkan Amazonite Grey, Pearl White, Nera Black dan warna eksklusif Orange Fusion, selain Peugeot 2008 ditawarkan lima tahun atau 100,000 untuk jaminan kilang. Apa yang lebih penting, model itu ditawarkan dengan servis penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here