Proton Edar jadi pengimport dan pengedar kenderaan Smart di Malaysia dan Thailand

976

Pengeluar kenderaan nasional Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Smart Automobile Company (Smart) bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart di pasaran ASEAN.

Menerusi kerjasama itu, Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan Smart di Malaysia dan Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, (anak syarikat milik penuh smart Automobile) akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.



Majlis tandatangan Memorandum Perjanjian ini diadakan secara maya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dan Naib Presiden Kewangan Smart Automobile , Ulf Nestler. 

Majlis itu juga disaksikan oleh Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan Ketua Pegawai Eksekutif, Smart Automobiles, Tong Xiangbei. 

“Dengan perjanjian ini, Proton akan mengambil langkah pertama dalam perlaksanaan strategi NEV kami.

“Perjanjian dengan Smart ini membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan,
perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat.

“Ini juga merupakan peluang untuk bermanfaat daripada pangkalan pelanggan smart
dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton,” kata Dato’Sri Syed Faisal Albar.

Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit Kenderaan Tenaga Baru akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025.

Dengan portfolio produk NEV baru yang akan dilancarkan dalam tahun-tahun yang akan datang, Smart akan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan ini.

“Dengan strategi perniagaan “dual-home” (Eropah and China), syarikat telah pun meliputi dua pasaran automotif utama di dunia. Kini, sebagai rancangan perniagaan berpandangan ke hadapan, kami akan berganding bahu dengan PROTON di Asia Tenggara.

“Perjanjian ini akan membolehkan kami memasuki pasaran Malaysia dan Thailand lebih awal sebagai pasangan strategik serantau. PROTON mempunyai reputasi korporat kelas pertama, pengalaman yang luas, dan pengetahuan operasi tempatan yang amat berharga.

“Kami berharap kerjasama ini dapat memberi pengalaman baru kenderaan elektrik yang premium dan pintar kepada pengguna di Asia Tenggara,” kata Tong Xiangbei.

Pada masa ini, tiada rancangan untuk bekerjasama di luar prinsip perjanjian yang disetujui.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here