Bermula RM8.4 juta, apa yang hebatnya McLaren Elva yang lancar di Malaysia ini?

941

McLaren memperkenalkan model tambahan terbaharu kepada supercar British iaitu McLaren Elva di pasaran Malaysia.

Biarpun berduit, anda belum tentu boleh memilikinya kerana McLaren akan menentukan siapa pelanggan yang layak membeli model Elva.



Apa kelebihannya, ini kupasan lebih lanjut untuk anda mengenali McLaren Elva : 

  1. McLaren Elva  didatangkan dengan varian cermin depan roadster Elva ultra eksklusif, yang merupakan edisi kelima dalam McLaren Ultimate Series yang terdiri daripada model F1, P1, Senna dan Speedtail.
  2. Cermin depan Elva direka untuk pelanggan yang lebih suka mempunyai skrin fizikal berbanding penghadang angin yang disediakan oleh Sistem Pengurusan Udara Aktif (AAMS).
  3. Dari segi luaran, Elva sarat dengan elemen gentian karbon, rekaan belakang diserlahkan dengan sepasang lampu LED dan empat corong ekzos yang menghasilkan nota bunyi berbeza. Manakala bahagian bawah pula dipasang dengan peresap udara yang juga diperbuat daripada gentian karbon.
  4. Kereta dua tempat duduk tanpa bumbung memiliki enjin V8 pengecas turbo berkembar, yang membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 2.8 saat dan 0-200 km/j dalam masa 6.8 saat. kelajuan yang hampir sama boleh dibuat oleh jentera Formula 1 McLaren.
  5. Ia merupakan edisi kelima dalam McLaren Ultimate Series yang terdiri daripada model F1, P1, Senna dan Speedtail. Elva bermaksud “she goes” dalam bahasa Perancis.

  6. Elva dihasilkan sebagai tribute kepada jentera lumba McLaren Elva Mk1 pada tahun 1960-an. Pada asalnya, sebanyak 399 unit hendak dibina namun McLaren hanya hasilkan 149 unit untuk di dunia.

Namun, berdasarkan harga di pasaran Amerika Syarikat, Elva ditawarkan pada harga asas AS$2 juta atau lebih RM8.4 juta. Namun, harga asas tersebut tidak termasuk apa-apa tempahan khas lain. 

Galeri

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here