VIDEO: Singapura negara yang paling mahal untuk beli motosikal baru

101

Anda rasa harga motosikal di Malaysia terlalu mahal?

Anda seharusnya melahirkan rasa bersyukur tidak dilahirkan di negara jiran kita Singapura.

Ini kerana kos pemilikan sesebuah motosikal adalah jauh lebih mahal berbanding apa yang kita nikmati di Malaysia.

Berdasarkan saluran YouTube Tr333ple, selain kos pembelian sesebuah motosikal, pemilik juga perlu mendapatkan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) Kategori D (untuk motosikal) dengan kos sebanyak S$9,511 (RM40,260).

Kos sekeping sijil itu sahaja kadang-kala lebih mahal berbanding kos pembelian motosikal itu sendiri.

Dengan menggunakan contoh sebuah MT-15 berharga S$6,000 (RM25,398), pembeli bukan sahaja perlu membayar kos COE, akan tetapi kos-kos berkaitan menjadikan jumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk sebuah jentera 150 cc boleh mencecah S$17,000 (RM71,961)!

Video penuh penjelasan berkenaan kos pemilikan motosikal di Singapura anda boleh tonton pada pautan di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here