Mencari kereta terpakai Honda kondisi ‘cun’, 7 faktor ini kena beli dengan Honda Certified Used Car

1059

Honda Malaysia memperkenalkan Kereta Terpakai Disahkan Honda atau Honda Certified Used Car (HCUC) dengan membolehkan rakyat Malaysia membeli kereta pra-milik Honda yang disahkan melalui platform mudah diakses dan boleh dipercayai.

Untuk mengetahui lokasinya, anda boleh berkunjung ke enam pengedar dari wilayah berbeza membabitkan:

  • MJN Motors Sdn Bhd (Selangor)
  • Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd (Selangor)
  • Kah Motor Co Sdn Bhd (Pulau Pinang)
  • Kah Motor Co Sdn Bhd (Johor)
  • Yong Ming Motor Sdn Bhd (Johor)
  • Chuan Thye Motor Sdn Bhd (Pahang)

Kelebihan HCUC ini, ia memastikan semua kenderaan Honda berada dalam kondisi yang terbaik membabitkan:

  1. Semua kereta pra-milik Honda adalah lima tahun dan ke bawah, serta mencatat kilomoter kurang 100,000km.
  2. Honda Malaysia memastikan bahawa kereta menjalani pemeriksaan 288 mata yang teliti dan ketat yang dijalankan oleh Pemeriksa Bertauliah Honda.
  3. Pemeriksaan itu keadaan enjin dan transmisi, kefungsian dan bahagian bawah kenderaan serta keadaan luaran dan dalaman.
  4. Pelanggan boleh memandu kereta Honda terpakai dengan tenang kerana semua kereta itu disahkan, dilengkapi dengan alat ganti tulen dan bebas daripada kemalangan besar dan kerosakan banjir.
  5. Pelanggan yang membeli kereta terpakai yang diperakui melalui HCUC layak mendapat jaminan tambahan satu tahun tambahan, selain daripada jaminan sedia ada yang masih sah.
  6. Untuk ketenangan minda, proses pendaftaran kereta akan dilakukan oleh pengedar sah HCUC.
  7. Selain itu, pelanggan akan mempunyai akses kepada rangkaian pengedar sah Honda di seluruh negara seperti menghantar kenderaan kepada mana-mana pengedar Honda untuk perkhidmatan selepas jualan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi pengedar HCUC atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here