Polis tahan penunggang motosikal baling sepana dipercayai tak puas hati kena hon

867

Lelaki disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dan bertindak membaling sepana ke arah sebuah kenderaan di Jalan Kuching, di sini, pada Isnin ditahan pihak polis, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dipetik Alhijrah Online berkata, bahawa lelaki warga tempatan berumur 38 tahun itu ditahan di Taman Wangsa Melawati pada jam 3.30 petang semalam.

Menurutnya, hasil semakan, suspek tiada rekod kesalahan lampau dan akan memohon reman esok bagi membantu siasatan.



Sebelum ini, kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang Isnin lalu berlaku ketika pemandu Toyota Vellfire membunyikan hon terhadap penunggang tersebut selepas kenderaannya dipotongnya di lorong paling kanan secara berbahaya.

Beh Eng Lai yang dipetik Utusan Malaysia berkata, siasatan mendapati penunggang motosikal itu turut menunjukkan isyarat lucah, namun tidak diendahkan lelaki memandu Vellfire yang meneruskan pemanduan seperti biasa.

Menurut beliau, menerusi cermin sisi, pemandu Vellfire kemudian melihat penunggang motosikal menghimpit kenderaannya dan membaling objek hingga menyebabkan cermin belakang pecah. 

“Dia kemudian memberhentikan kenderaan dan mendapati penunggang terbabit membaling sepana.

“Susulan itu kita memburu penunggang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here