[Video] Anak buat kejutan hadiahkan kereta baharu, reaksi ayah buat rasa sebak

1287

Tidak dapat digambarkan perasaan seorang bapa apabila anaknya berpakat membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu.

Hadiah tersebut yang merupakan sebuah kereta Proton Persona Executive, yang berharga sekitar RM48,900.
 
Kisah tersebut dikongsikan seorang pengguna di Facebook yang merupakan jurujual dari Proton ketika menyerahkan kenderaan tersebut di showroom JM OTOMOBIL INOVATIF 3S Demit, Kubang Kerian, Kelantan.
 
“Hadiah sebuah kereta PROTON PERSONA EXECUTIVE baru kepada seorang ayah yg dirahsiakan dari awal proses pembelian sehinggalah penyerahan kenderaan yg berlansung di showroom JM OTOMOBIL INOVATIF 3S Demit, Kubang Kerian akan terpahat dalam memori manis keluarga ini.
 
“Sekalung tahniah kepada Wan Hafizuddin yg telah memilih PROTONBESTSELLERKB utk merealisasikan impian beliau.
 
Namun kejutan tersebut bukan sahaja membuatkan ayah mereka menitisikan air mata malah turut membuatkan rasa sebak apabila melihat reaksi spontan ayahnya.
 



Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here