Toyota bakal lancar MPV lebih besar dan mewah daripada Alphard dan Majesty

3595

Pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota pada masa ini menawarkan pelbagai model MPV sama ada dari segmen rendah sehingga ke mewah.

Mengikut negara, Toyota menawarkan MPV yang berbeza seperti untuk pasaran Asia Atau di Amerika Syarikat.

Khususnya Asia dan Jepun, Toyota mempunyai beberapa model MPV yang ditawarkan untuk pelanggannya. Ia membabitkan Toyota Alphard/Vellfire dan segmen lebih besar lagi seperti Toyota Majesty atau GranAce yang dijual di beberapa negara tertentu.



Namun dikhabarkan satu lagi berita apabila syarikat berkenaan akan melancarkan satu lagi MPV lebih besar lagi dari Toyota Majesty. 

Gambar: bestcarweb.jp

Berdasarkan laporan bestcarweb.jp, MPV itu bakal diposisikan sebagai flagship MPV Toyota. Ia dikatakan memiliki badan yang lebih besar dan mewah berbanding model MPV Toyota lain. 

Gambar yang anda lihat ini, ia hasil melalui karya digital iaitu render. Bentuknya lebih besar daripada Majesty, dengan beberapa perbezaan pada rekaannya.

Bahagian hadapan memiliki gril lebih besar seperti model MPV Lexus, selain perumah lampu utama berbentuk ‘C’.

Enjinnya dijangka menggunakan mesin 3,500cc twin turbo yang digunakan pada Toyota Land Cruiser terbaru dengan tambahan sistem hybrid.

Kenderaan MPV premium itu dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here