AS buat latihan penerbangan pesawat ‘Hari Kiamat’, selepas diancam Presiden Rusia

958

Sebuah pesawat Air Force One yang dikenali pesawat ‘Hari Kiamat’ yang direka untuk melindungi pegawai-pegawai tinggi kerajaan daripada serangan nuklear dilaporkan menjalani latihan penerbangan.

Pesawat ‘Hari Kiamat’ milik Amerika Syarikat (AS) tersebut menjalani latihan penerbangan selama empat jam selepas ancaman oleh Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan pasukan nuklear Rusia dalam mod berjaga-jaga.



Pesawat bernilai AS$200 juta (RM838.5 juta), yang dijangka mencapai hayat perkhidmatannya menjelang 2039, telahpun beroperasi sejak tahun 1980.

Ia juga boleh mengisi minyak di udara dan kekal di udara serta dapat beroperasi dalam penerbangan selama seminggu tanpa perlu mendarat.

Tapak pengesanan penerbangan tentera menunjukkan pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai berlepas dari pangkalan Tentera Udara AS di bandar Lincoln, negeri Nebraska pada petang Isnin lalu.

Selain itu, pesawat itu dilengkapi dengan pusat arahan lengkap untuk presiden dan pegawai-pegawai tertingginya termasuk Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama dalam kes perang nuklear atau kecemasan negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here