#Spyshot: Yamaha R15 V4 dikesan jalani ujian di Tanjung Malim, bakal lancar hujung bulan ini?

2884

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R15 pada tahun 2018 yang ketika itu dijual pada harga cadangan RM11,988 seunit.

Kemudian tahun lalu, pengedar rasmi jenama Yamaha itu memperkenalkan pilihan warna baharu pada sportbike tersebut.



Semalam, Motoqar terserempak pihak HLYM sedang menguji dua buah model di susur keluar Tanjung Malim, Perak, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Salah satunya adalah sportbike YZF-R15.

Menggunakan nombor pendaftaran perdagangan (trade plate), R15 yang dikesan itu menggunakan warna badan sedia ada iaitu Race Blu. Kami juga difahamkan HLYM bakal melancarkan model sportbike pada hujung bulan ini.

Adakah model yang bakal lancar itu adalah Yamaha YZF-R15 generasi keempat (V4)?. Ini kerana negara jiran misalnya Indonesia dan Singapura sudah memperkenalkan sportbike tersebut.

Di Indonesia model itu diperkenalkan sebagai R15 Connected dengan dua pilihan varian iaitu R15 Connected dan R15M Connected ABS dengan ketersambungan Y-Connect.

Perubahan yang dilakukan pada generasi baharu ini adalah:

  • Panel badan baharu
  • Lampu depan LED lebih kompak (di tengah) dan lampu nyala siang (DRL) di sisi
  • Tangki minyak, panel tepi dan madgad baharu
  • Pemasangan sistem kawalan cengkaman
  • Quickshifter 
  • Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran 
  • Dua mod tunggangan (Track/Street)

Enjin masih sama menggunakan 155cc SOHC dengan teknologi VVA yang mampu menghasilkan kuasa 19hp @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm. Kemudian ia dipadankan dengan transmisi enam gear.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here