Kongsi imej pasport dan tiket pesawat di media sosial, tanpa sedar anda dedah maklumat peribadi….

1307

Sempadan negara sudah dibuka ramai yang akan mengambil peluang bercuti ke luar negara.

Sosial media anda akan dipenuhi dengan imej muka depan pasport yang kemudian diselitkan tiket pesawat seperti penanda buku. 



Jika tidak dikongsi di media sosial bagaimana ingin menguar-uarkan kepada rakan yang anda bakal meninggalkan negara?. Namun, selepas melihat perkongsian TikToker ini mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk berkongsi imej sedemikian.

“Ini sangat berbahaya untuk privasi anda,” kata Jason Ho. 

Dia yang juga pakar motivasi mendedahkan menerusi foto berkenaan pemilik mendedahkan maklumat peribadi tanpa disedari. Antara maklumat yang boleh diakses individu lain adalah:

  • Nama penuh
  • Nombor pasport
  • Tarikh tamat tempoh passport
  • Nombor empat digit terakhir kad kredit
  • Tarikh lahir
  • Email
  • Nombor telefon
@coachjasonho

PSA: Personal information hack #learningisfun #PSA #lifehacker #singaporeairlines #coachjasonho

♬ original sound – Coach Jason Ho – Coach Jason Ho

Jelasnya, dengan hanya menggunakan maklumat pada pas masuk tiket penerbangan, individu yang tidak berniat baik boleh mengubah tiket tersebut secara online lebih teruk membatalkan penerbangan.

Dalam video itu, Ho turut berkongsi contoh imej yang dikongsi seorang influencer yang ingin menonton Sukan SEA.

Dia berkongsi tangkap layar yang mana influencer yang tidak disebutkan nama itu secara tidak sengaja mendedahkan nama penuh dan nombor e-tiket kepada pengikutnya. 

Dengan maklumat tersebut, Ho menunjukkan dia boleh mengakses menu “manage booking” di laman web Singapore Airlines. Kemudia Ho menjelaskan bagaimana dia boleh mencari maklumat peribadi influencer tersebut.

“Jadi kawan-kawan saya harap anda berkongsi dengan semua rakan anda tentang perkara ini.

“Jangan sekali-kali melakukan ini. Jika anda mahu melakukan ini, sila tutup dengan ibu jari anda atau tutup dengan sesuatu pada nombor e-tiket,” katanya di akhir video.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here