Daihatsu Sirion (2022) facelift rasmi lancar di Indonesia, harga mula RM69k

2695

PT Astra Daihatsu Motor (ADM), pengedar rasmi Daihatsu di Indonesia rasmi memperkenalkan Daihatsu Sirion (Myvi) facelift dengan naiktaraf yang lebih segar.

Sebagai perbandingan harga Perodua Myvi 1.3 bermula daripada RM45,700 (tanpa PSDA). Negara jiran itu menerima dua varian Sirion iaitu:



  • Daihatsu Sirion 1.3 R CVT (varian tertinggi): Rp 236.8 juta (RM71,890)
  • Daihatsu Sirion 1.3 X CVT: Rp 227.6 juta (RM69,097)

Menggunakan tagline #SahabatMuda, hatchback yang diambil daripada Perodua Myvi itu menerima perubahan pada bahagian lampu depan yang kini didatangkan dengan ciri automatik dan LED penuh.

Selain itu, rekaan baharu bampar depan dan belakang, cermin sisi berwarna hitam berkilat dan beberapa sentuhan kecil kit aero.

Daihatsu Sirion itu juga didatangkan dengan paparan skrin multi info (MID) berwarna penuh, head unit dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay yang tiada pada Myvi, bantuan penghidup bukit dan Sistem Idle Stop.

Sirion kini dilengkapi dengan air purifier, speed sensing door lock, dan amaran tali pinggang keledar untuk kerusi belakang. Tentunya beragam ciri keselamatan seperti beg udara depan dan sisi, keyless entry, punat enjin mula-henti, dan pendingin hawa automatik. 

Mekanikal masih lagi sama menggunakan enjin 1NR-VE 1,329cc dengan output 95PS @ 6,000rpm dan tork 121Nm @ 4,000rpm.  Bagaimanapun, Sirion kini dipasangkan dengan transmisi D-CVT yang sama dengan Daihatsu Rocky (Ativa). 

Daihatsu Sirion didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Glittering Silver Metalic, Icy White Solid, Glittering Grey Metalic, Lava Red Metallic dan Electric Blue Metallic.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here