Benarkan juruterbang tidak terlatih daratkan pesawat, Air Vistara didenda RM56k

908

Pengawal selia penerbangan (DGCA) mengenakan denda Rupee 1 juta (RM56,634) ke atas Air Vistara kerana membenarkan juruterbang tidak terlatih mendaratkan pesawat dengan penumpang di lapangan terbang Indore, India. 

Juruterbang itu, yang merupakan pegawai pertama dalam penerbangan mendaratkan pesawat tanpa terlebih dahulu mendapat latihan yang diperlukan dalam simulator, kata pegawai Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.



“Vistara didenda 10 lakhs oleh DGCA kerana melanggar peraturan pelepasan dan pendaratan yang diberikan kepada pegawai pertama tanpa menjalankan sebarang latihan.

“Ini adalah pelanggaran serius yang membahayakan nyawa penumpang di dalam pesawat,” kata pegawai tersebut. 

Bagaimanapun tidak diketahui lokasi dan waktu pelepasan pesawat berkenaan namun jurucakap Air Vistara berkata kejadian berlaku pada Ogos 2021 tanpa memaklumkan tarikh insiden. 

Pegawai pertama perlu terlebih dahulu dilatih untuk mendaratkan pesawat dalam simulator sebelum mendaratkan pesawat dengan penumpang di dalamnya.

Kapten juga dilatih dalam simulator sebelum boleh membenarkan pegawai pertama mendaratkan pesawat di bawah pengawasannya.

Kapten dan pegawai pertama penerbangan Indore tidak berlatih dalam simulator tetapi pegawai pertama masih dibenarkan melakukan pendaratan di lapangan terbang, kata pegawai DGCA yang mengaitkan kelewatan mengambil tindakan kerana mengambil masa dalam siasatan.

Sementara itu, jurucakap Vistara berkata pendaratan (STOL) pesawat ke Indore tersebut dikawal selia oleh kapten berpengalaman.

“Juruterbang telah dilatih secukupnya dan memiliki sijil STOL yang sah dikeluarkan oleh majikan mereka sebelum ini yang mana Vistara menuntut kredit,” kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.

“Vistara sentiasa meletakkan keselamatan penumpang dan kakitangan sebagai keutamaannya,” kata jurucakap itu.

Mengikut peraturan DGCA, majikan baharu perlu menjalankan latihan simulator sekali lagi sebelum membenarkan pegawai pertama menjalankan pendaratan pesawat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here