Bugatti Chiron Pur Sport dengan perbatuan 770km untuk dijual

2832

Beberapa tahun lalu, kebanyakan kenderaan yang dilelong melalui platform Bring a Trailer merupakan model yang agak pelik dan versi lama.

Bagaimanapun, populariti laman web tersebut baru-baru ini menyaksikan banyak kereta baharu sering bertukar tangan melalui komuniti yang sedang berkembang dan terkini terdapat Bugatti Chiron Pur Sport yang jarang disenaraikan untuk dijual.



Model 2021 ini merupakan salah satu daripada 60 unit yang dihasilkan seluruh dunia dan baru saja dihantar ke Bugatti Greenwich di Connecticut. Hypercar itu dijual di Beverly Hills, California melalui pengedar yang berpangkalan di Florida.

Bahkan model itu hanya dipandu sejauh 770km sejak meninggalkan kilang di Perancis. Pemilik asal hypercar itu memilih gabungan warna biru terang dan biru tua.

Bahagian luarnya turut menampilkan pelbagai bahagian gentian karbon termasuk splitter depan,  skirt sisi dan diffuser belakang. Bahagian dalam menampilkan Alcantara hitam, jahitan kontra biru, dan pelbagai bahagian gentian karbon matte.

Pelekat pada tingkap mendedahkan harga cadangan pengeluar (MSRP) adalah AS3.9 juta (RM17 juta). Pembidaan semakin menghampiri tanda harga berkenaan yang mana hanya tinggal dua minggu lagi dalam lelongan.

Bugatti Chiron Pur Sport menggunakan enjin 8.0 liter W16 quad turbo dengan kuasa 1,479hp dan tork 1,600Nm.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here