Kapcai laku keras, tiada stok harga naik!

2155

Rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga motosikal yang dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang ekoran situasi ekonomi global serta keadaan pasaran semasa.

Ketika ini, permintaan motosikal semakin meningkat sejak dua bulan lalu selepas ramai warga kota mula beralih menggunakan kenderaan itu untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang makin teruk di Lembah Klang.



Beberapa penjual motosikal mendakwa, harga jualan dijang­ka mengalami kenaikan antara RM300 sehingga RM500.

Seorang penjual motosikal, William Ho berkata, premisnya kehabisan stok kapcai dan pembeli terpaksa menunggu sehingga tiga bulan bagi mendapatkan motosikal tersebut.

“Kita tidak boleh buat apa-apa, permintaan sangat tinggi, tetapi motosikal tiada. Harga motosikal pula dijangka naik kira-kira RM 300 ke RM 500 bergantung kepada jenis, namun masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar kenaikan itu,” katanya.

Menurut William, ada beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan tersebut seperti harga alat ganti yang semakin mahal selain harga jualan motosikal yang diimport turut meningkat.

Seorang lagi penjual, Lily Lau berkata, permintaan terhadap motosikal terutama kapcai meningkat lebih 50 peratus sejak April lalu.

“Di kedai saya, motosikal berkapasiti enjin 150 cc ke bawah laris terjual macam pisang goreng panas,” katanya.

Naib Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia, Datuk Tan Tien Chye pula berkata, harga pasaran motosikal dijangka meningkat dalam tempoh tiga ke enam bulan akan datang susulan nilai Ringgit yang rendah dan peningkatan harga import di seluruh dunia.

“Kebanyakan motosikal kita diimport dari Thailand dan Indonesia, apabila barang import, harga semakin mahal, kita pun beli makin mahal, takkan nak jual pada harga yang sama. Isu ini terjadi di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata, permintaan yang tinggi sehingga kilang kehabisan stok juga menjadi punca kepada peningkatan harga jualan motor.

Jelasnya, dalam ekonomi, apabila permintaan meningkat, tetapi bekalan pula kurang, sudah tentu harganya akan meningkat.

“Terdapat lebih 40,000 permintaan di seluruh negara, namun pembekal hanya mampu membekalkan kira-kira 20,000 unit sebulan,” jelasnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here