Daihatsu Sirion (Myvi) facelift dikesan di Depok, Indonesia, bakal lancar Jun depan

3122

Model hatchback Daihatsu Sirion facelift (2022) dikesan di Harjamukti, Depok, Jawa Barat, Indonesia.

Model yang dikenali sebagai Perodua Myvi di Malaysia itu diparkir di sebuah pusat wakil jualan Daihatsu dibiarkan terdedah tanpa sebarang penutup. 



Kemunculan imej Sirion itu memberi gambaran hatchback berkenaan bakal dilancar dalam masa terdekat. Dikhabarkan media lokal di sana sudah menerima jemputan pelancaran model baharu PT Astra Daihatsu Motor (ADM) pada 2 Jun depan.

Model yang diimport dari Malaysia itu bakal menggunakan enjin 1.3 liter dengan kuasa 95PS dan tork 121Nm yang kemudian dipadankan dengan transmisi D-CVT. 

Daihatsu Sirion menerima naik taraf pada bahagian luaran dan dalaman seperti mana model Myvi facelift yang dilancarkan penghujung tahun lalu. Kebarangkalian pasaran Indonesia bakal menerima dua pilihan varian iaitu 1.3 X dan 1.3 R.

Namun, ciri peralatan keselamatan ADAS dan lampu DRL LED tidak ditawarkan pada Sirion.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here