Tentera China pelan musnahkan satelit Starlink Elon Musk jika ancam keselamatan

7551

Starlink merupakan jaringan satelit angkasa milik Elon Musk yang menawarkan hubungan internet percuma ke seluruh dunia.

Pada awal 2022, Elon Musk dikritik apabila dua satelit tersebut bergerak terlalu rapat dengan Stesen Angkasa China.



Justeru itu, tentera China membangunkan rancangan untuk memusnahkan sistem internet satelit Starlink sekiranya kerajaan menganggap ia sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.

Kini kertas baharu diterbitkan mencadangkan kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meruntuhkan sistem termasuk teknologi yang mampu menjejak, memantau dan melumpuhkan setiap unit.

Seorang penyelidik China, Ren Yuanzhen menerbitkan satu kajian tentang kaedah melumpuhkan sesebuah unit sistem. Sistem yang dimaksudkan termasuk teknologi penjejak dan pengawasan.

“Sebarang kombinasi kaedah untuk menghancurkan secara kasar atau halus harus digunakan untuk membuat sebahagian satelit Starlink hilang fungsinya dan melumpuhkan sistem operasi buruj Starlink”.

Setakat ini, Starlink mempunyai lebih 2,600 satelit yang berfungsi sepenuhnya di orbit dan China sedang membangunkan senjata yang mampu menyasarkan satelit orbit rendah walaupun syarikat itu sebelum ini meminta lampu hijau untuk buruj generasi kedua sebanyak 30,000 unit.

Selain itu, syarikat Musk memperoleh kontrak membina satelit untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2020 yang boleh menimbulkan kebimbangan lanjut bagi kerajaan China.

Laporan pada masa itu menggariskan rancangan SpaceX untuk satelit, berdasarkan reka bentuk Starlink, untuk memasukkan teknologi yang dicipta menjejaki peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), senjata yang sama dengan peluru berpandu hipersonik yang diuji oleh China dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Yuanzhen mencadangkan bahawa dron tentera AS dan jet pejuang yang disambungkan oleh Starlink boleh mempercepatkan pemindahan data seratus kali ganda, yang mana teknologi itu boleh menjadi ancaman kepada keselamatan China.

Penyelidik percaya negara itu kini membangunkan satelit pengawasan angkasa yang canggih untuk memantau sistem Starlink dan data yang dikongsi, serta mencipta teknologi yang mampu memusnahkan unit SpaceX.

Menurut South China Morning Post, saintis di China membangunkan sistem anti-satelit alternatif, termasuk mesin gelombang mikro yang boleh melumpuhkan komunikasi dan memusnahkan komponen elektrik.

Negara itu juga sedang membangunkan senjata siber yang boleh menyasarkan satelit orbit tinggi dan rendah serta melancarkan penyedia internet satelit saingan bernama StarNet.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here