ETCM bakal lancar Nissan Serena S-HYBRID baharu, harga RM150,000

1006

Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pengedar dan pengimport kenderaan Nissan di negara ini bakal Nissan Serena S-HYBRID baharu dengan gaya premium dan ciri keselamatan.

MPV itu kini boleh ditempah dan penghantaran pertama akan dilakukan pada Julai 2022.

Dua varian akan ditawarkan dengan harga tanpa insurans:

  • Nissan Serena S-Hybrid Highway Star – Harga anggaran tidak lebih RM150,000
  • Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star – Harga anggaran tidak lebih RM165,000

Bagi mereka yang membuat tempahan awal, ETCM akan menawarkan tawaran istimewa iaitu 5 tahun Perkhidmatan Penyelenggaraan percuma (termasuk Alat Ganti & Buruh) akan disediakan secara bergantian (10,000 km, 30,000 km, 50,000 km, 70,000 km dan 90,000 km), dan tempoh waranti 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.



Serena S-HYBRID baharu masih memiliki ciri kemudahan yang terbaik seperti Dwi Pintu Belakang, Dwi Kuasa Bebas Tangan. Pintu Gelongsor  di kedua-dua belah, dan mempunyai 7 port USB.

Bahagian dalaman yang luas mempunyai 13 Konfigurasi tempat duduk dengan kerusi Captain di baris kedua dilengkapi dengan tempat letak tangan.

MPV itu turut dilengkapi ciri keselamatan Nissan Intelligent Mobility (NIM) terdiri daripada rangkaian teknologi canggih dengan kedua-dua sistem Keselamatan Aktif dan Keselamatan Pasif.

Ciri teknologi pintar Keselamatan Aktif membabitkan: 

  • Predictive Forward Collision Warning
  • Intelligent Forward Collision Braking
  • Lane Departure Warning
  • Blind Spot Warning 
  • Rear Cross Traffic Alert

Tempah awal

ETCM menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal (jumlah minimum RM1,000) untuk mendapatkan tempahan dalam sistem. Ia juga akan membantu kilang pemasangan menjadualkan pengeluaran dengan lebih tepat dan meminimumkan masa menunggu kerana gangguan berterusan disebabkan oleh kekurangan mikropemproses semikonduktor kerana kelewatan penghantaran global.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here