Pelanggan kecewa AirAsia tukar masa tiket pesawat, bila check online ada penerbangan waktu asal!

1728
Seorang pengguna Facebook JR Life berkongsi rasa kecewa dengan pihak pengurusan Air Asia apabila menukar waktu tiket penerbangan ke sebelah petang.
 
Menerusi hantaran di status Facebook miliknya yang bertajuk ‘Taktik Airasia Menipu Pelanggan Cara Paling Halus”, dia berkongsi perlu membayar wang tambahan jika menginginkan penerbangan asal. 
 
 
“Penerbangan saya pada 18/6/2022 jam 11.35 pagi ke Langkawi. Saya menempah penerbangan ini hampir sebulan yang lalu. Hari ini saya mendapat e-mel mengatakan penerbangan saya dijadualkan semula ke 5 petang.
 
“Saya semak penerbangan yang tersedia dalam talian dan cuba teka, ada penerbangan 11.35 pagi dan pada harga dua kali ganda yang saya beli. Sekarang jika saya ingin tukar penerbangan pada masa itu sekali lagi, saya perlu membayar wang tambahan.
 
“Penerbangan saya tinggal seminggu lagi. Alasan yang diberikan ialah isu operasi. Jadi adakah anda memberitahu saya bahawa anda tidak boleh menyelesaikan isu itu dalam seminggu? Anda tidak boleh menukar penerbangan saya kepada penerbangan yang tersedia? Anda ingat orang bodohke?,” jelasnya dengan geram.
 
JR Life turut mempersoalkan adakah perkara tersebut pernah terjadi sebelum ini dan mengharapkan pengurusan Air Asia lebih baik ketika awal kemunculan syarikat penerbangan berkenaan.
 
Bahkan dia juga memberi gambaran tidak akan lagi menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut dan mempertimbangkan untuk memilih syarikat yang lain. 
 
 
Status berkenaan mendapat lebih daripada 1000 perkongsian dan ada netizen turut berkongsi mengalami pengalaman yang sama. Namun, tiada penjelasan rasmi daripada pihak Air Asia berkaitan isu tersebut. 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here