Guna laluan pejalan kaki elak trafik sesak, lain pula yang berlaku pada rider motor ini….

899

Setiap laluan yang disediakan di jalan raya sudah ditentukan kegunaan buat pengguna misalnya untuk kenderaan bermotor, pejalan kaki dan pengguna basikal serta kenderaan berat.

Bagaimanapun, masih ada pengguna jalan raya bersikap mementingkan diri menggunakan kemudahan yang disediakan untuk pejalan kaki. 



Segelintir individu bermotosikal yang menggunakan lorong berkenaan membuatkan pejalan kaki terpaksa mengalah bahkan ketepi sedangkan laluan tersebut dikhaskan buat mereka.

Namun, tidak bagi dua remaja perempuan ini yang bertindak mengajar penunggang motosikal yang bersikap mementingkan diri.

Video yang dikongsi memperlihatkan barisan panjang motosikal yang nekad menggunakan laluan pejalan kaki. Alasannya mungkin kerana jalan sesak sehingga mereka memutuskan melanggar undang-undang.  

 

Namun begitu, ‘ending’ para pelanggar lalu lintas itu sangat mengejutkan. Bukannya mendapatkan trafik yang lancar, mereka malah tersekat di lorong berkenaan.

Penyebabnya adalah dua gadis pejalan kaki yang tidak mengendahkan penunggang motor tersebut. Meskipun ada banyak kenderaan di belakang mereka dengan tenang berjalan perlahan.

Ramai yang memuji tindakan berani dua gadis itu yang memberikan ‘pengajaran’ pada penunggang motosikal tersebut agar lebih peka dengan undang-undang jalan raya. 

“Itu trotoar (lorong pejalan kaki) bukan untuk kendaraan. Kalau ada yang sampe klakson wah parah banget sih. Apalagi banyak pemotor sekarang yang tidak punya adab dan tidak tahu aturan.

“Bagus setuju sekali itu biar pada kapok. Sudah tahu trotoar untuk pejalan kaki eh masih diserobot juga.”

Video yang tular itu mendapat tontonan 1.3 juta, lebih 20,000 retweet, 98 likes.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here