Baru 15 tahun dah ada koleksi supercar dan hypercar, sayangnya tak boleh pandu…

895

Apa yang anda lakukan pada umur 15 tahun?. Jika anda seperti kami mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli sebuah motosikal, kita adalah geng!.

Namun, tidak bagi remaja ini yang membuat £20,000 (RM107,656) setiap bulan daripada akaun YouTube miliknya. Bahkan pada usia 15 tahun, remaja ini mengumpul barisan supercar dan kereta jenama mewah lain waima masih belum boleh memandu. 



Namun, baru-baru ini remaja itu baru menerima permit lesen menjelang usia 16 tahun beberapa bulan lagi namun perlu ditemani orang tua ketika memandu. 

Youtuber Donald Dougher memulakan akaun Youtube Donlad pada 2019 dan kini memiliki 600,000 pengikut ditambah ratusan ribu di Instagram dan TikTok.

Dia memuatnaik pelbagai video yang berbeza berkaitan gaya hidup, pakaian, ‘prank’ dan kereta. Remaja terkaya di Amerika Syarikat itu memiliki akses pada beberapa model kenderaan luar biasa dan ini beberapa koleksi yang dimiliki Dougher.

1. Bugatti Chiron 110 ans

Bugatti Chiron 110 ans dikeluarkan sempena memperingati ulang tahun ke-110 jenama tersebut yang diperkenalkan di Pameran Auto Antarabangsa New York (2019).

Bugatti 110 ans ialah versi Chiron Sport lebih eksklusif yang menerima penambahbaikan pada kereta besar Chiron standard. Bugatti hanya mengeluarkan 20 unit model tersebut yang menggunakan tiga warna Perancis di sekeliling badan hypecar itu.

Hypercar bernilai £3.3 juta (RM17.8 juta) itu dijana oleh enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,500hp dan pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum 431kmj. 

2. Ferrari LaFerrari

Ferrari LaFerrari dibangunkan untuk menentang McLaren P1 dan Porsche 918 Spyder. Projek dengan kod F150 itu merupakan jentera sport hibrid ringan enjin pertengahan. 

La Ferrari dibangunkan dalam unit terhad yang mana hanya 500 buah versi coupe dan 210 unit versi roadster. Harga supercar ini dianggarkan sekitar AS3.5 juta (RM15.4 juta)

Enjin 6.3 liter V12 dengan satu motor elektrik itu menjana kuasa 950hp dan tork 900Nm bersama transmisi dual klac 7-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh 2.6 saat dengan kelajuan 352kmj.

3. Pagani Huayra Roadster

@d.o.n.l.a.d

sad that this car got totaled 😭

♬ original sound – Donlad

Pagani ialah pengeluar kereta sangat eksklusif dari Itali yang menghasilkan hypercar mewah untuk pelanggan kaya.

Huayra merupakan model rare namun versi Roadster lebih rare. Ditambah pula dengan warna badan ungu dan rim emas yang jarang sekali boleh dilihat.

Enjin V12 menghasilkan kuasa 753bhp dengan pecutan maksimum 339kmj. Hypercar itu bernilai £2.3 juta (RM12.4 juta). 

4. McLaren 570S

Dijual pada harga £150,000 (RM807, 778)McLaren 570S antara kereta harian yang digunakan oleh Donald. Supercar itu menggunakan enjin 3.8 liter V8 dengan kuasa 562hp dan kelajuan maksimum 386kmj.

5. Rolls-Royce Culinan

Rolls-Royce Cullinan dijana oleh enjin 6.75 liter V12 Twin Turbo dengan kuasa 563hp dan tork 850Nm bersama kotak gear ZF 8-kelajuan. Harga SUV tersebut dianggarkan sekitar RM2 juta.

Pecutan 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 5.1 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj. SUV tersebut menawarkan konfigurasi penumpang belakang dengan pilihan kerusi Individual (dua penumpang) atau Lounge (tiga penumpang).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here