Toyota Yaris Cross GR Sport, varian baharu lebih ‘stylo’. Hanya pasaran Jepun!

798

Bagi pasaran Jepun, Toyota melancarkan varian baharu untuk crossover kompaknya menerusi Toyota Yaris Cross GR Sport.

Bukan sekadar perubahan gaya, pengeluar automotif daripada negara matahari terbit itu juga memberikan reka bentuk yang lebih menyerlah dengan suspensi yang disemak semula.



Jentera yang akan mula dijual di Jepun pada Ogos ini menerima pengubahsuaian penggayaan dengan menambah jeriji mesh di hadapan dan belakang.

Angkup brek menerima kemasan merah dengan pada roda aloi 10 jejari pada keempat-empat roda.

Bagi memberi kestabilan stereng yang lebih baik dan meminimumkan roll badan, Toyota menambah pendakap tambahan di bahagian tengah bahagian bawah badan serta di belakang.

Sistem penggantungan turut yang disemak semula dengan mengurangkan ketinggian 10 milimeter, selain menukar tetapan spring, penyerap hentak dan stereng kuasa elektrik.

Bahagian dalaman, Yaris Cross GR Sport dilengkapi tempat duduk hadapan khas yang dengan gabungan material Air Nubuck dan kulit sintetik.

Bahagian hadapan konsol tengah disalut dengan cat metalik kelabu gelap, selain stereng tiga jejari dibalut kulit dengan logo GR.

Model GR Sport ditawarkan dengan sepasang enjin tiga silinder 1.5 liter, manakala 90hp untuk varian hibrid.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here