Perodua sumbang peralatan perubatan bernilai RM84,450 ke Hospital Umum Sarawak

460

Perodua meneruskan lagi sokongannya kepada hospital-hospital awam dengan menyumbang peralatan diagnostik perubatan kepada Hospital Umum Sarawak dan hamper kepada pesakit serta kakitangan.

Inisiatif ini untuk menyokong misi kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara ini dan pada masa yang sama berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berdedikasi.

Perodua menyumbang tujuh unit Vital Sign Monitor (peralatan diagnostik untuk memantau suhu badan, nadi dan kadar pernafasan serta tekanan darah) serta hamper kepada pesakit dan kakitangan di wad kanak-kanak di hospital berkenaan yang bernilai RM84,450.



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Umum Sarawak atas khidmat mereka kepada masyarakat.

Menurutnya, ia menjadi sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Korporat dan pihaknya sentiasa mencari peluang untuk memberikan bantuan yang terbaik bagi mengukuhkan sistem kesihatan negara. 

“Ini adalah satu daripada cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, terutamanya pelanggan yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami selama ini.

“Kami berharap agar sumbangan ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat Kuching dan Sarawak,” katanya

Majlis penyerahan tersebut dihadiri Zainal; Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd JH Rozman Jaafar, Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung dan Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr Norinawaty Abg. Daud.

Sehingga kini, Perodua sudah menyumbangkan peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital awam termasuk Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Kuala Kubu Bharu, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di dalam daerah Hulu Selangor.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here