Dah macam drama: Penunggang pura-pura pengsan elak disaman polis

699

Seorang penunggang motosikal berpura-pura pengsan selepas terjatuh selepas gagal cubaan melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Selepas terjatuh, kelihatan seorang anggota polis segera menghampiri lelaki berkenaan dan segera mengherdiknya menyatakan penunggang motosikal itu hanya berpura-pura pengsan.

Menurut juruberita yang melaporkan insiden berkenaan, kejadian itu berlaku di Jakarta, Indonesia.ย 



Menurut laporan, penunggang yang bernama Rahmat itu dikatakan panik apabila melihat ada sekatan jalan raya di hadapannya.

Dikatakan, dia berpura-pura pengsan supaya terlepas daripada ditahan atas kesalahan kerana tidak membawa โ€˜lesenโ€™ untuk menunggang motosikal pada ketika itu.

Saksikan video di bawah:

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here