Ducati Monster SP – Ini perbezaan varian paling ringan dan lincah segmen naked itu

1027

Sempena Ducati World Première 2023, Ducati mempersembahkan Monster SP yang memberi keunikan kepada motosikal naked jenama Itali itu.

Varian baharu itu adalah tambahan kepada model Monster yang dikeluarkan pada 2021. Ia mewakili semua intipati Ducati dalam bentuk yang paling padat dan paling ringan. 

Monster SP masih menggunakan enjin Testastretta 11° dengan menyalurkan 111hp. Bingkai hadapan, diilhamkan oleh Panigale V4 yang menggunakan material aluminium yang sangat ringan.



Bagi varian Monster SP ini, ia bercirikan yang dilengkapi komponen berkualiti tinggi yang menjadikan ia lebih ringan dan menyeronokkan untuk tunggangan sporty, serta lebih agresif dari sudut pandangan estetik.

Ini perbezaan untuk Monster SP:

  1. Dihiasi livery yang menggabungkan warna 2022 Desmosedici GP Ducati Lenovo Team.
  2. Fork Öhlins NIX30 yang lebih ringan 0.6kg daripada varian lain.
  3. Pelana merah.
  4. Logo Monster SP pada penutup tempat duduk penumpang dan logo Ducati pada tangki bahan api, lebih besar dan diinspirasikan oleh grafik Panigale V4.
  5. Angkup Brembo Stylema® dan bebibir aluminium untuk cakera brek hadapan 320 mm (0.5 kg lebih ringan).
  6. Penggunaan bateri litium-ion, yang membawa penjimatan berat keseluruhan kepada kira-kira 2kg.
  7. Peredam stereng yang meningkatkan kestabilan di bawah pecutan dan selekoh.
  8. Tayar Pirelli Diablo Rosso IV, cadangan utama pengeluar untuk tunggangan sporty di jalan raya. 
  9. Hadir dengan Riding Mode Wet untuk menawarkan keselamatan yang lebih baik di jalan basah.

Bagi pasaran Malaysia, mungkin ia akan berada di pasaran tempatan hujung tahun ini atau tahun hadapan.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here