Sindiket klon bawa kereta sebelum tiga hari lupus di Singapura

731

Sindiket klon kenderaan mewah dikatakan menunggu sehingga tiga hari sebelum kereta itu dilupuskan di Singapura untuk dibawa masuk ke negara ini.

Sindiket yang memiliki Certificate of Entitlement (COE) kemudiannya bertindak menyembunyikannya di Malaysia sebelum diklon dan dijual kepada pembeli. 



Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata taktik itu dikesan menerusi Operasi Khas Kenderaan Klon yang mana kebanyakan adalah jenama BMW, Lexus, Mercedes, Honda dan Toyota.

“Rata-rata kenderaan pula akan tamat tempoh untuk dilupuskan antara tiga hingga tujuh hari. Mereka menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Telegram, Wechat, dan aplikasi jualan kenderaan secara dalam talian untuk memperdaya orang awam.

“Kereta tersebut dijual murah dari pasaran antara SGD3,000 sehingga 5,000 (RM10,064 -RM16,774) bergantung kepada model dan tahun kenderaan kepada pembeli berusia 25 hingga 40,” katanya. 

Tambahnya, ramai terpedaya disebabkan harga yang murah dan dijanjikan diberikan cukai jalan serta geran kereta yang asli sedangkan JPJ tidak mengeluarkannya.

Sehubungan itu, Lokman menegaskan usaha mengesan rangkaian sindiket sedang dijalankan namun mengalami kesukaran kerana mereka menggunakan akaun media sosial palsu untuk menjalankan urusan jual beli kenderaan.

“Bagaimanapun, JPJ mempunyai sistem Road Charge Vehicle Entry Permit (RCVEP) yang digunakan di pintu masuk negara di Johor bagi mengesan kenderaan luar yang dibawa masuk ke negara ini.

“Sistem akan menyimpan rekod kenderaan berada di negara ini untuk tempoh melebihi dua bulan. Sekiranya berada dalam tempoh lama disyaki dijadikan untuk kenderaan klon dan menjalankan operasi mengesannya,” katanya.

Individu yang dikesan menggunakan kenderaan klon boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1); Seksyen 108 (3); Seksyen 90 (2) dan Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here