Pemandu lori mati dipukul kejam kerana dendam dan cemburu

537

Seorang lelaki tempatan maut selepas dipukul dengan kejam oleh lima individu kerana dendam dan cemburu di sebuah kondominium Bukit Serdang, Seri Kembangan, Serdang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata pihaknya menerima laporan daripada adik perempuan mangsa berusia 26 tahun pada jam 5.29 petang, semalam.



Katanya, pada jam 7.15 pagi, adik mangsa menerima panggilan daripada rakannya bahawa suspek utama bersama empat rakannya yang lain membawa abangnya (si mati) keluar dari rumah tersebut.

“Difahamkan teman wanita mangsa mengatakan mangsa dipukul oleh kesemua suspek ketika berada di dalam kondominium disewa mangsa.

“Suspek kemudian telah membawa mangsa keluar dari rumah sewa tersebut dan pergi ke lokasi yang tidak diketahui,” katanya.

Tambahnya,, suspek utama telah menghubungi rakan adik mangsa dan memberitahu mangsa berada di wad kecemasan Hospital Cyberjaya pada jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan abangnya yang berusia 31 tahun mati akibat kecederaan yang teruk.

Laporan perubatan mendapati mangsa mengalami luka di hidung, bengkak dan lebam pada kedua belah mata serta pendarahan kedua-dua telinga. Punca kecederaan adalah disebabkan Blunt Force Trauma.

Motif pembunuhan dipercayai kerana perasaan dendam dan cemburu suspek utama terhadap mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here