Volvo XC90 dan XC90 Recharge Plug-in Hybrid, menang anugerah IIHS TOP SAFTEY PICK+ 2023

366

Volvo XC90 memenangi anugerah TOP SAFETY PICK+ 2023 oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS). Kedua-dua varian membabitkan versi hibrid (XC90) dan hibrid plug-in (XC90 Recharge) XC90 menerima anugerah TSP+.

Pengumuman ini dibuat selepas IIHS mengukuhkan syarat untuk anugerah TOP SAFETY PICK (TSP) dan TOP SAFETY PICK+ (TSP+).

Kriteria baharu yang lebih ketat

Dengan kriteria baharu yang lebih ketat, setiap kenderaan memerlukan perlindungan pelanggaran sisi yang lebih baik, sistem pencegahan pelanggaran pejalan kaki yang dipertingkatkan dan penyingkiran lampu hadapan di bawah taraf daripada pilihan kenderaan yang layak.



Perubahan terbesar pada kriteria TSP dan TSP+ membabitkan penggantian ujian pelanggaran sisi IIHS yang asal. Ujian yang dikemas kini melibatkan 82 peratus lebih tenaga. Ia memerlukan kenderaan memperoleh penarafan yang boleh diterima atau baik untuk melayakkan diri untuk TSP, manakala penarafan yang baik diperlukan untuk TSP+.

Selain ciri keselamatan yang dianugerahkan, XC90 Recharge menawarkan sehingga 77 kilometer (NEDC) pemanduan elektrik sepenuhnya dalam mod Pure. 

Sebahagian daripada visi Volvo Cars adalah untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang cedera parah atau terbunuh dalam kereta Volvo baharu. Syarikat itu meletakkan keselamatan sebagai keutamaan untuk segala yang Volvo lakukan. 

Pakej perkhidmatan lima tahun percuma

Pelanggan yang berminat dengan Volvo XC90 B5 Ultimate Mild-Hybrid ataupun Volvo XC90 Recharge T8 Plug-In Hybrid dapat menikmati pakej perkhidmatan lima tahun percuma (VSA5+) jika mereka membuat tempahan dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

VSA5+, atau dikenali sebagai ‘Volvo Service Agreement 5 Plus’, ialah pakej perkhidmatan kereta komprehensif selama 5 tahun daripada Volvo Cars yang meliputi lima perkhidmatan kereta pertama termasuk item Wear and Tear yang mungkin perlu diganti. 

Selain daripada Volvo XC90, Volvo Car Malaysia juga menawarkan VSA5+ untuk model Volvo S60, Volvo S90, Volvo V60, Volvo XC60 dan Volvo XC40 B5, manakala tempahan untuk Volvo XC40 Recharge Pure Electric akan disertakan dengan baucar soket pengecas kediaman (wallbox) percuma bernilai RM7,000. Sah laku tawaran ini akan berlangsung hanya dari 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Log masuk ke https://www.volvocars.com/my untuk mengetahui lebih lanjut atau kunjungi pengedar Volvo terdekat anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here