Pusat 4S Mitsubishi pertama di Sarawak, terletak di Bintulu!

428

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar Auto Pacifica Sdn Bhd memperluaskan lagi rangkaiannya dengan melancarkan Pusat 4S Mitsubishi Motors pertama di Sarawak baru-baru ini. 

Ia secara langsung meningkatkan rangkaian pengedar Mitsubishi Motors kepada tujuh bilik pameran di Sarawak setakat ini.

Pusat 4S itu dibina di lot kedai dua tingkat dengan keluasan ruang binaan 10,000 kaki persegi. Pusat 4S itu mewakili identiti jenama Mitsubishi Motors dengan mesej jenama global ‘Drive Your Ambition’.



Selain mempunyai ruang istirahat pelanggan yang selesa dengan WIFI dan sudut kanak-kanak, outlet ini dilengkapi dengan lima ruang servis.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, Auto Pacifica mula beroperasi sebagai pengedar Mitsubishi Motors sejak 2007, sejurus selepas MMM ditubuhkan pada 2005 justeru pengedar itu tidak asing lagi dalam keluarga Mitsubishi Motors. 

“Selain bilik pameran ini di Bintulu, Auto Pacifica mempunyai satu lagi bilik pameran Mitsubishi di Miri. Tidak lama lagi akan melancarkan cawangan ketiganya di Kota Samarahan pada penghujung Mac 2023.

“Auto Pacifica menyumbang kepada pertumbuhan pasaran Mitsubishi Motors dan menjadikan Triton dua teratas di Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Pusat 4S Mitsubishi Motors itu terletak di lokasi utama dengan akses mudah di sepanjang jalan utama Jalan Tun Ahmad Zaidi, Bintulu, Sarawak.

Ia dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu, dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pada Ahad dari 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here