Bas dua tingkat Volvo BR11RLE pertama di Malaysia, malah di Asia!

796

Selepas memperkenalkan tahun lalu, Volvo Buses melancarkan bas dua tingkat Volvo B11R Low Entry (B11RLE) 6×2 yang pertama kali dibina sepenuhnya di Malaysia.

Volvo B11RLE hadir dengan ciri pintu masuk rendah menampilkan badan jenis ALPHA DD12 TQ. Ia direka untuk menjadi raja di jalanan dengan menawarkan keselamatan maksimum menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).



ADAS itu dilengkapi Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) yang berfungsi memberi amaran jika pemandu tertidur seketika atau terleka ketika memandu.

Bukan itu sahaja, mempunyai penampilan lebih lebar dan titik graviti rendah. Ia untuk memberi kestabilan lebih baik, terutama ketika memandu di atas lebuh raya. 

Ia sekali gus meningkatkan keyakinan pemandu, menambah baik aspek keselesaan dan keselamatan di atas jalan raya.

Volvo BR11RLE Pertama di Asia

Naib Presiden Volvo Buses Asia Pacific, Mats Nilsson berkata, Malaysia ialah satu-satunya pasaran di Asia yang menawarkan Volvo B11RLE.

Menurutnya, ia dipasang dan dibina di Malaysia, selain direka khas bagi memenuhi ekspektasi, keperluan penumpang dan operasi di negara ini.

“Dengan menawarkan satu model produk yang spesifik dan yang dibina khas untuk satu pasaran. Ia jelas menunjukkan komitmen kami ke atas pembangunan sektor pengangkutan awam di Malaysia.

“Kami juga yakin dengan pertumbuhan bas ekspres dan bas persiaran premium dalam pasaran bas di Malaysia,” katanya majlis penyerahan dua unit pertama Volvo B11RLE 6×2 kepada Sani Express Sdn Bhd (Sani).

Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Duta Sweden ke Malaysia, Joachim Bergstrom dan Pengarah Urusan Kumpulan Sani, Wan Mohd Iskandar Salleh.

Memberi Manfaat Kepada Pelanggan

Sementara itu Anthony Loke berkata, sebagai pengantara antara negeri dan perjalanan rentas sempadan, bas ekspres memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. 

Menurutnya, perjalanan bas antara bandar memberi perkhidmatan ke sesuatu kawasan atau bandar yang mungkin sukar ditujui, selain menawarkan alternatif yang lebih fleksibel dan ekonomikal kepada rakyat. 

“Jadi, kami sangat teruja untuk melihat pengeluar seperti Volvo bekerjasama dengan rakan pembuat badan bas tempatan seperti Truckquip dalam menghasilkan produk yang dibina khas demi memenuhi keperluan operasi di peringkat tempatan. 

Seterusnya memberi pengalaman menaiki dan memandu kepada pengendali syarikat bas,” katanya.

Menurutnya, pihaknya percaya usaha itu akan menggalakkan lebih banyak usaha dan pelaburan ke dalam industri bas tempatan yang akhirnya memberi manfaat kepada pelanggan apabila dapat menawarkan perjalanan yang lebih selamat, selesa dan menyeronokkan.

@motoqar Bas Volvo BR11RLE yang baru lancar tahun lalu, mempunyai sistem ADAS dan sistem Pemantauan Pemandu. Canggih! #Volvobusesmalaysia #saniexpress #motoqar #tiktok #tiktokmalaysia #bas ♬ How Wonderful – Muspace

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here