Dua lelaki ditahan kutip duit parkir tanpa kebenaran

538

Dua lelaki warga tempatan ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti mengutip dan menjaga parkir tanpa kebenaran.

Unit media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, tindakan dijalankan menerusi satu tindakan khas terhadap penjaga kereta tanpa kebenaran di sekitar Jalan Petaling, Jalan Hang Jebat dan Jalan Panggung di sini baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki berusia 37 dan 52 tahun itu ditahan ketika menjaga parkir di Jalan Panggung sewaktu anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan.



“Tangkapan dilaksanakan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Lelaki berkenaan dibawa ke pejabat Polis Trafik Kuala Lumpur (PTK) untuk urusan siasatan dan dokumentasi,” katanya semalam.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here