Ahmad Maslan: RM17.8 bilion subsidi petrol, diesel, LPG dinikmati T20

497

Kira-kira 35 peratus daripada petrol, diesel dan Gas Petroleum Cecair (LPG) yang diberikan subsidi oleh kerajaan pada tahun lalu digunakan oleh golongan T20.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata penggunaan golongan M40 sekitar 41 peratus, manakala penggunaan oleh golongan B40 kira-kira 24 peratus.



“Dari segi angka RM50.8 bilion kalau darab dengan 35 peratus, nilainya RM17.8 bilion. Kalau tidak mahu lagi T20 dapat petrol, diesel dan LPG, kerajaan dapat jimat RM15 ke RM17 bilion.

“Bayangkan perkara banyak lain boleh kita gunakan RM15 ke RM17 bilion itu untuk bantu rakyat dalam pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian,” katanya pada sidang Dewan Rakyat. 

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Mohamed Hashim (Kuala Terengganu-PN) berhubung mekanisme subsidi bersasar yang benar-benar berkesan dalam mengelakkan ketirisan dan keciciran.

Terdahulu, Ahmad berkata, kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan pemberian subsidi secara bersasar berasaskan kepada model yang bersesuaian dan kebolehlaksanaan.

Menjawab soalan tambahab Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading), beliau berkata, kerajaan menganggarkan peningkatan penggunaan diesel bersubsidi kepada RM8.4 bilion tahun lalu berbanding RM5.8 bilion hingga RM6.1 bilion pada 2018 dan 2010 disebabkan penyeludupan.

“Adakah itu penggunaan sebenar atau bertambah kerana penyeludupan? Oleh kerana itu memang kita anggarkan sejumlah tertentu diesel diseludup dengan pelbagai kaedah.

“Begitu juga RON95 kerana RON95 di Malaysia RM2.05 seliter jauh lebih murah dari negara jiran. Indonesia RM3.78 seliter, Singapura RM8.51 seliter. Thailand RM5.71 seliter. Ini setakat tahun 2022.

“Maka banyaklah diseludup ke negara Jiran. Kita terus pantau penyeludupan ini dengan pelbagai agensi secara bersepadu,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here