[Video] Lelaki tabur paku atas jalan ditangkap

479

Polis menahan pemilik Nissan Almera yang dipercayai terlibat dalam kejadian menabur paku di atas jalan di kawasan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut, Pusing, Batu Gajah, Perak.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 45 tahun itu diberkas di Changkat Larang, Lahat pada pukul 3 pagi tadi dan tangkapan itu dibuat hanya selepas lima jam video kejadian tular di media sosial.

“Suspek kini direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.



Terdahulu tular video berdurasi 24 saat di Facebook yang memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab individu itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here