Pemandu lori didenda RM10k pindah kambing tanpa kebenaran

309

Pemandu lori didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret Setiu, hari ini selepas mengaku bersalah memindah 62 ekor kambing bernilai RM28,470 tanpa kebenaran.

Majistret Ainis Abu Hassan Shaari membuat keputusan itu selepas tertuduh, Abli Abdullah, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.



Selain itu, tertuduh turut berdepan hukuman penjara 20 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan 62 ekor kambing itu dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan 62 ekor kambing dengan menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar yang diberi kuasa olehnya.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan Kota Bharu, Kuala Terengganu, Setiu jam 11.15 malam pada 13 Oktober 2022.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Perenggan i (b).

Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang mana diwartakan di bawah Subseksyen 36 (1) Akta Binatang 1953.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here