Malaysia Autoshow 2023: Modenas rasmi perkenal Dominar D400 Adventure & D250

859

Modenas memperkenalkan dua model Dominar ke pasaran tempatan pada acara Malaysia Autoshow (2023), di MAEPS, Serdang, Selangor.

Modenas Dominar D400 Adventure 

Kehadiran Modenas D400 Adventure menawarkan pilihan tambahan buat model D400 sedia ada. Model tersebut kini patuh regulasi Euro 4 dan didatangkan dengan aksesori touring seperti mana yang ditawarkan di India.



Antara aksesori touring yang ditawarkan adalah visor angin lebih tinggi, pelindung tangan, pelindung kaki, pelindung enjin dan penyandar penumpang belakang.

Selain itu, D400 Adventure didatangkan dengan pemegang telefon, slot pengcas USB dan sistem perisian navigasi.

Dominar 400 Adventure dilengkapi dengan enjin 373cc DOHC FI yang menghasilkan kuasa 40PS @ 8,650rpm dan tork 35Nm @ 7,000rpm bersama kotak gear 6-kelajuan.

Untuk keselesaan tunggangan, Dominar 400 didatangkan dengan suspensi teleskopik USD 43mm (depan) dan monoshock (belakang). Keyakinan membrek pula diserahkan kepada brek cakera 320mm (depan) dan 230mm (belakang) bersama dua saluran ABS. 

Ditawarkan dengan dua pilihan warna Savanna Green dan Charcoal Black, harga jualan Dominar 400 Adventure adalah RM15,797. 

Modenas Dominar D250 

Selain itu, Modenas turut memperkenalkan Dominar D250 buat pertama kali ke pasaran Malaysia.

Adik kepada D400 itu didatangkan dengan enjin 248.77cc DOHC silinder tunggal FI yang menghasilkan kuasa 19.85kW @ 8,500rpm dan tork 23.5Nm @ 6,500rpm bersama kotak gear 6-kelajuan. 

Daripada segi rekaan, D250 identikal dengan D400 menerusi madgad depan, lampu utama, kapasiti tangki minyak dan dua ekzos. 

Jentera seberat 180kg itu dipadankan dengan fork teleskopik USD 37mm (depan) dan monoshock boleh laras dengan Nitrox (belakang.

Keyakinan menghentikan jentera diserahkan kepada brek cakera 300mm (depan) dan brek cakera 230mm (belakang) serta dua saluran ABS di depan/belakang. 

Modenas D250 didatangkan dengan tiga warna badan Sparkling Black, Racing Red dan Citrus Rush pada harga RM13,797. 








APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here