‘Pilih kasih’ tindakan terhadap motor kuasa tinggi, polis sangkal dakwaan Caprice

480

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menyangkal dakwaan penyanyi rap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkaitan tiada tindakan terhadap kes penunggang motor ‘Ducati’ yang tular sebelum ini. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, JSPT tidak ‘pilih kasih’ ke atas mana-mana individu yang melanggar peraturan dan undang-undang jalan raya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)



Pengarah JSPT PDRM, Datuk Sri Mat Kasim Karim berkata tidak kira kapcai atau jentera berkuasa tinggi, pesalah yang terlibat akan diambil tindakan di bawah peruntukkan undang-undang yang ditetapkan. 

“Dua kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dibuka JSPT Kuala Selangor berkaitan dua kejadian berasingan yang melibatkan penunggang motor berkuasa tinggi.

“Kertas siasatan dalam proses akhir sebelum mendapat keputusan daripada pejabat timbalan pendakwa raya.

“Terdapat juga kes penunggang motosikal berkuasa tinggi yang tidak memakai topi keledar apabila videonya tular turut diambil tindakan,” katanya.

JSPT sentiasa memastikan siasatan yang adil dan telus tidak kira latar belakang mereka yang melakukan kesalahan. 

Beliau menasihati orang awam diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar dan mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kesalahan pelanggaran undang-undang jalan raya disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan boleh diambil kepada yang terlibat. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here