Lelaki lari perintah sekatan buang daerah dari Klang maut di LPT 2

1085

Seorang lelaki yang sedang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang, Selangor maut selepas terlibat dalam kemalangan di KM322.6, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Kerteh, Kemaman, pagi tadi. 

Dalam kemalangan pada jam 7.45 pagi, lelaki berusia 31 tahun tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang diburu polis akibat cuba melarikan diri daripada PCO di Klang.



“Sewaktu kejadian, dia yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai sedang dalam perjalanan ke Setiu untuk bersembunyi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh besi penghadang lebuh raya,” katanya.

Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan peralatan menghisap dadah dipercayai milik lelaki tersebut.
 
“Semakan mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan pecah rumah, curi dan dadah,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here