Polis tahan lelaki bonceng tujuh kanak-kanak

440

Polis trafik Mumbai menahan seorang lelaki pada Ahad lalu selepas rakaman video yang menunjukkan dia menunggang skuter bersama tujuh kanak-kanak tular.

Lelaki itu menunggang skuter bersama kanak-kanak tersebut tanpa memakai topi keledar.

Kejadian yang berlaku di jambatan tengah Mumbai (timur) itu dikongsi oleh pengguna Twitter @sohfacts pada 20 Jun dengan kapsyen, “Gila..tidak bertanggungjawab membonceng tujuh kanak-kanak menaiki skuter. Dia harus segera ditangkap kerana mempertaruhkan nyawa tujuh anak kecil….”



Lima hari selepas kejadian, polis berjaya mengesan lelaki itu dan membuka kertas siasatan  di bawah Kanun Keseksaan India (IPC) Seksyen 308 (cubaan membunuh) di Balai Polis Tardeo.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here