Berapa bayaran bulanan Ducati Panigale V4 (2023)? Kami kirakan untuk anda…

8738

Ducati memperkenalkan Panigale V4 di peringkat global pada 2017. Kemudian, setiap dua tahun Panigale V4 hadir dengan ciri baharu yang dinaiktaraf.

Model tersebut hadir di pasaran tempatan pada Julai tahun lalu menerusi ciri baharu bagi melengkapkan kitaran produk dan evolusi superbike berkenaan.



Jika anda berminat dengan superbike Itali itu, berapakah bayaran bulanan yang perlu dibayar?..

Seorang pengguna Facebook Man Jr Aiman berkongsi kiraan ‘kasar’ bagi memiliki Ducati Panigale V4 tersebut. Ducati Panigale V4 (2023) tersebut dijual pada harga atas jalan RM165, 435. 

Sekiranya pemilik menerima tawaran faedah pinjaman sebanyak 4.4 peratus, ansuran bulanan adalah serendah RM2,056 dengan jumlah pinjaman RM132,000. 

Ini bermakna pelanggan perlu membayar deposit kira-kira 20 peratus iaitu RM33,435. Dengan harga pinjaman sedemikian, anda boleh memiliki sebuah Honda Civic atau Mazda CX-30. 

Berikut jumlah ansuran bulanan mengikut tahun pinjaman:

  • 5-tahun: RM2,684
  • 6-tahun: RM2,317
  • 7-tahun: RM2,056

Selain itu, kos lain yang perlu dikeluarkan adalah:

  • Insurans penunggang: RM4,425
  • Cukai jalan: RM350 
  • Yuran proses: RM600

Ducati Panigale V4 kini memiliki enjin lebih berkuasa dengan output 215.5bhp (+1.5hp) @ 13,000rpm. 

Ia menggunakan kotak gear SBK baharu terutama gear I, II dan VI dengan nisbah yang panjang.

Aerodinamik jentera juga dipertingkatkan yang kini lebih kompak, selain sayap tepi baharu pada fairing.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here