JKSB : Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak retak, kekal selamat

213

Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) menafikan dakwaan struktur Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang, Seberang  Perai mengalami keretakan.

Ia susulan tular satu rakaman video berdurasi 28 saat berhubung insiden yang mendakwa wujud kesan retakan pada struktur pembinaan JSAHMS.

Jurucakap JKSB berkata hasil siasatan mendapati, struktur JSAHMS dengan jambatan yang ditularkan dalam rakaman video itu adalah tidak sama.



“Sehubungan dengan itu, pihak JKSB meminta kerjasama daripada sema pihak agar tidak menularkan video tersebut bagi mengelakkan timbul kegusaran seta salah faham dalam kalangan orang awam,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan.

JKSB mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama sema pengguna lebuh raya. Pengguna juga bole menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan
maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here