LLM : Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian

291

Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, LLM menyatakan pembinaan tol tersebut yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

“Projek pembinaan ini bukan di bawah bidang kuasa KKR/LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan,” tulisnya. 



Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman memaklumkan bahawa sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan pada 21 Oktober, beliau menyatakan Pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang masih tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol itu dan arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here